Segala puji bagi Allah tuhan yang Maha Esa dan selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Thursday, 10 October 2013

Saya Tak Pernah Belajar Memasak. Serious.

Saya Tak Pernah Belajar Memasak.

TAPI. . .


Masak memasak dah jadi hobi sekarang.

Kalau nak makan kat luar ade jugak kekadang, tapi kalau dah habis malas teghok la tu. HeHe.

Amazing jugak rasa, sebelum kahwin tak pernah masak ok!
Masak nasi bole le. Yang lain2 tak bape nak rajin dan malas. Ngee.
Papa mama suka masak sama2, so kalau saya nak tolong pon, tolong basuh pinggan. HaHa.
Seriously tak pernah masak. 
Mama Papa pon tak pernah paksa suruh belajar masak. Goyang kaki. 
Borak2 kat dapur tu ada la sambil tengok Papa potong cili. Betol tak Pa Ma?. KiKi. 

Tapi sweet la kan bila Papa Mama masak sama2.
Bila Papa lari je kat Tv ke ape ke, Mama mesti bising2. Tak aci la apelaa.
Dah biasa kan dari mula kahwin.
Sampai laaa sekarang. Ada je celoteh tiap kali masak.
Sebab tu malas nak campur, biarkan mereka bermesra. *Alasan.
HeHe. 

Dulu Mama pernah citer, Mama mula belajar masak masa lepas kahwin.
Eh? Macam anak dia ni la. 
HaHa.
Papa pulak masa belum kahwin rajin ke dapur, sebab ramai kakak2 dan suka masak sama2.
So, papa berkecimpung jugak masak2 ni. Yang Papa pro, Asam Pedas Johor!! Perghhh.
Kalau Papa masak, bau belacan satu rumah.
Tips nak tahu sedap ke tak, mesti kena sampai terbesin masa menumis, kompem sedap! Heee.

Mama bukanlah tak tahu masak langsung masa mula2 kahwin, tolong2 jugak lah Tok.
Mama ada banyakkk buku resepi. First try pon sodappp kottt.
And, Mama masak je la apa2 pon, kompemmm hirup. *Yang berkuah la.
Hehe.
Mama kalau masak, mesti nak kemas je.
Bahan asing kemas2, cara potong mesti cantik, pisau dispesifikkan, pinggan mangkuk dll.
Mama terpengaruh dengan AFC. Bukan tengok Chef masak, tengok dapur, barang2 masak, kabinet. HAHA. SERIOUSLYYY.

Dannnnnnnnn, sekarang giliran saya.
Yang mengikut jejak langkah tapak kaki Papa Mama. HeHe.
Kekadang, mintak resepi kat Mama. Mesej ke call ke.
Yela, balik Pahang bukan rajin nak tengok Mama Papa masak, gi main kucing. Hehe.
Kalau asam pedas, Papa la! Hehe.
Nak try masak asam pedas je mesti kena mesej Papa semula mintak resepi.
Tapi, tak pernah jadi cam Papa nyerrr. Pastu Papa kata," Tu la, Papa masak tak nak tengok. " 
KuiKuiKui.

Saya nak ikut cara Papa Mama jugak, masak sama2 gitu. Ececeh. 
Sunnah Nabi Muhammad S.A.W kan?
Tolong isteri memasak. Buat kerja rumah. *Kadang suami masak sorang. Ngeee~
Tak salah nak ikut, memang indah sangat. . . Wuuu~

Kami belajar masak kat internet je pon. Google2 resepi. Banyak resepi la.
Ada bahan, jalan la. Sedap2 tak sedap pon, suami kata sedap. Ehem! Hee.
Lama2, tengok resepi, alaaa, kacang je. HaHa. *Astaghfirullah. . riak. 
Tapi serious, kita niat nak bagi suami makan. Nak tambat hati suami.
So, tak salah berusaha lebih sikit. Biar la baju bau bawang ke belacan ke. 
Tangan kuning main kunyit ke. Itu semua ada ganjaran dari Illahi kan.
Yang penting, ikhlasssssss.
Sape taknak suami buncit, tanda bahagia orang tu kata. HeHe.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Rabb.

Almaklumla, sejak menjak duk rumah tak tahu buat apa, try2 la masak.
Paling kembang bila orang kata sedap!
Syukur, Alhamdulillah. HeHe.
Dah setahun lebih kahwin, tipula kalau tak tahu masak kan.
Best rupanya masak ni. *Baru nak up.

Motifnya nak cakap, tak semestinya nak kena pro masak dulu baru boleh kahwin.
Kikiki. Belajar masak2 ngan suami lagi syiookk. Kalau masin, dua2 telan la. Haha.

And, lain family maybe lain cara kan.
So, saya ni memang the apperantice Papa Mama la. Herher.
Bagi yang da terer tu tahniah.
Saya salute orang memang dah tahu masak.
Tak la macam saya, baru terhegeh-hegeh nak belajo. Ngee.
Pernah suatu hari, ada masak memasak bersama rakan2, saya macam blur tak tahu buat apa. HaHa. Takpe, tu dulu. =P

So, resah gelisah lagi? Takut? Worry suami kurus?
InshaAllah anda boleh! Wah gitu.
Dah jadi isteri nanti, naturally anda akan berubah. Yang tak pernah ke dapur, makin ngam dengan dapur.
HeHe. Sebab semangat. . untuk encik suami! Hee~

Saja nak share sebab nak tenangkan hati Bakal-bakal. Ehem~
Semoga berbahagia okay!
Allah sebaik-baik Penolong. =)
DONE YOUR READING? WELL, THANK YOU.
There was an error in this gadget