Segala puji bagi Allah tuhan yang Maha Esa dan selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Tuesday, 8 October 2013

Awak Dah Kahwin, So. . . Bye.

Alhamdulillah, masih bernyawa dan masih berpeluang hidup di dunia yang fana untuk mencari redhaNya.

Kita belajar erti kehidupan hari-hari.
Hari2 kita akan berharap, hari ini akan jadi lebih baik dari semalam.
Dan begitu juga untuk hari2 yang seterusnya. Tak bosan ke mengharap benda yang sama?
Tidak, sebab tiada hari yang sama. Kan? Ke sama? HeHe.

Hidup penuh dengan kejutan. Mungkin semalam dia kawan baik kita, mungkin esok tidak.
Mungkin semalam dia bersama kita, mungkin esok tidak.

Kenyataan hidup yang kita kena alami. 
Macam saya, dulu bujang, kini sudah berkahwin. HeHe. 
Siapa sangka, umur 20 tahun sudah berkahwin.
Allah sebaik-baik Perancang.

Apa yang kita ada sekarang, mungkin tiada pada mereka.
Mereka mungkin lebih itu dari kita, kita mungkin lebih ini dari mereka.
Ujian yang Allah kurnia buat kita berbeza-beza.
 Sebab itu kita saling melengkapi. 
Melengkapi kelemahan masing2.
 Cantik tak perancangan Illahi? MasyaAllah.

Apa yang terlintas di benak fikiran saya, kini saya sudah bersuami.
Dulu saya membujang, bersama dengan rakan2. Segalanya ditempuhi bersama rakan2.
Mencari pengalaman hidup bersama rakan2.
Tidak kurang juga bersama Papa, Mama, Along, Angah, Amar dan Aifa. Keluarga tersayang.
Setelah berkahwin, mungkin jarak saya dengan mereka sedikit jauh sebab saya ada suami.

Sehari-harian setelah setahun dan beberapa bulan, saya bersama suami.
Dalam mencari redhaNya, saya mesti taat pada suami.

Rakan yang saya rapat dahulu, mungkin sudah sedikit jauh. 
Pada saya, mungkin mereka dikurniakan pula rakan yang lebih baik.
Rakan yang lebih membimbing.

Di suatu ketika, saya berfikir, berapa ramai je orang yang pernah bersama saya boleh terima keadaan saya sekarang.
Mungkin dulu sayalah orang yang paling rapat, tempat berkongsi cerita.
Akibat tidak mahu mengganggu saya dan suami, mereka menjauhkan diri.
Saya juga terkilan, sepatutnya, orang yang pernah rapat, yang menganggap saya adalah kawan baiknya, tidak bersikap open dalam menerima siapa saya.
Tetapi, saya fikir semula, mungkin makan masa. 

Kita tak mampu nak gembirakan hati semua orang kan. Kekadang, diri kita sendiri pon kita tak tahu macam mana nak tolong.
Ada seorang doktor pernah berkata kepada saya, " Awak sudah berkahwin, awak mungkin sudah jauh dari kawan2 awak. Kawan2 awak pon mungkin tidak lagi serapat seperti dulu. Kalau mereka nak kembali kepada awak semula, mungkin makan masa pula. "

Apabila saya fikir balik, betul apa kata doktor itu.
Ya, saya berkahwin pada usia dimana kita semua ingin mencari kehidupan sebenar.
Mencabar diri untuk lebih berani dengan cabaran. 
Kita sudah berani nak menjelajah dunia.
Mencari kawan baru.
Mencuba sesuatu yang baru.
Zaman muda-mudi kan.

Apabila berkahwin pada usia begini, mungkin sedikit terhad untuk saya menjadi seperti mereka.
Tetapi, saya teramat bersyukur kepada Illahi atas perancanganNya.
Allah meletakkan saya di sini kerana Dia tahu ini yang terbaik.
Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Point saya sebenarnya ialah, saya mengharapkan sikap keterbukaan dari sesetengah dari kita.
Berfikiran konservatif membuatkan kita tersekat.
Mengganggu jiwa dan emosi kita.

Pada saya, ini mungkin salah satu ujian berkahwin muda.
Tak mengapalah, ujian yang kecil sahaja.
Saya masih bersyukur kerana masih ada yang sudi bersama saya.
Tidak jemu mengambil tahu tentang diri saya walaupun sudah jadi isteri orang.
Kadang2, mereka lebih banyak ilmunya tentang rumahtangga. HeHe.
Cuma belum masa untuk berkahwin.

Apa yang saya coretkan ini bukan luahan semata-mata.
Saya ada tempat yang lebih baik untuk meluahkan perasaan.
Allah Maha Mendengar kan?
Cuma sedikit input kot buat yang berhasrat nak kahwin muda.
Mungkin ini juga yang terpaksa anda tempuhi.

Suami VS Sahabat. NgehNgeh~

Wallhua'alam.

DONE YOUR READING? WELL, THANK YOU.
There was an error in this gadget