Segala puji bagi Allah tuhan yang Maha Esa dan selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Monday, 30 September 2013

Siapa Kita?

Hidayah dari Allah kekadang datang tidak diduga.
Kekadang kita tak sedar pon sebenarnya Allah sudah pon kurniakan kita dengan hidayahNya.
Tapi, sebagai manusia, yang sentiasa diselubungi nafsu mnyebabkan terlihatnya hidayah itu sebagai 'iklan' semata-mata. Hanya dipandang,  dibaca, tetapi tidak diambil pon. 
Ya Allah ampunkan kami..


Jika dahulu, kita tidak pernah gagal dengan fesyen terkini. Sering terikut dengan gaya fesyen yang langsung tidak memenuhi kehendak syarak. Tidak kisah aurat, asalkan bergaya. Kita takut dipandang hina orang jika tidak berfesyen. Kita malu nak berpakaian yang longgar dan besar, takut dipandang gemuk, tidak cantik, tidak bergaya. Mana ada baju yang loose dan mampu menutup keseluruhan aurat dalam butik2 yang terkenal itu. Nak berfesyen dan bergaya tidak salah, tetapi tutuplah aurat. Sepertimana yang disuruh Allah. Kalau dah bertudung, pakailah betul2 mengikut syarak. Tutuplah perhiasan kita dengan baik. Nanti, hilang special perhiasan kita untuk si suami. Kesian suami. Kita tak tahu bila ajal kita sampai, takut nanti, kita pergi dengan pakaian yang tidak seperti seorang Islam yang sebenar. Itu pakaian terakhir  kita. Tidak sempat beralasan dengan Allah nanti. Nauzubillah, mintak jauh Ya Allah. . .



Takut dijeling orang pakai pakaian yang itdak berjenama. Malu nak pakai handbeg yang tiada dalam catalog buku. Ya, tak salah nak pakai barang berjenama, tapi di situ sudah berlaku pembaziran. Mungkin ada sedikit perasaan bangga dengan barangan yang terpampang besar jenamanya. Betul, barangan berjenama memang berkualiti. Kalau barang itu kita beli kerana kualitinya, tak mengapalah. Takut ada niat yang lain. Allah Maha Mengetahui. Segalanya dalam pengetahuanNya.



Allah...., Kita berada di dunia yang sementaraaa, mengejar redha Allah, mencari jalan yang benar, macam mana kita dengan mudahnya terperangkap dengan godaan dunia? Nauzubillah..



JIka dahulu, kita anggap diri kita friendly, sebab mahukan ramai kawan. Friendly sampai lupa batasan berkawan. Tidak mahu di cop sombong, berkawan dengan semua orang, makan semeja, berlaga siku. Naik kereta bersama, bukan muhrim. Bila ada yang menegur, seolah-olah mereka telah mengganggu privasi hidup kita. Sedangkan, mereka sedang takut dilaknat Allah kerana tidak mengelak perbuatan mungkar. Tak salah untuk berkawan, tapi islam sudah menetapkan adab2 bergaul. Hal ini bagi mengelak fitnah dan mengelak perbuatan mungkar. MasyaAllah, hebat sungguh hasutan syaitan, godaan dunia yang menampakkan sesuatu kebaikan itu hina, jijik! Sampai hari ini, masih ada lagi antara kita yang membenci para ulama' dengan mengatakan mereka taksub dengan agama. Walhal, mereka sedang takut, menggigil, pucat lesu kerana takut dengan balasan Allah S.W.T. Hari pembalasan itu benar! Neraka itu benar! Astaghfirullahalazim.. . . . Ampunkan kami Ya Allah. . .



Sahabat yang baik adalah sahabat yang mampu mendekatkan diri kita dengan Allah. Apabila berkata, tidak melukakan. Mengajak untuk pergi ke tempat2 ilmu. Menegur kita jika membuat kesilapan, terlalai, terleka. MasyaAllah. . Sahabat kurniaan Allah.



Jika dahulu, kita senang2 memilih cinta, kononnya cinta itu datang dan pergi. Jika ini bukan cinta sejati, buang yang itu, carik cinta yang baru. Cinta hendak sampai ke Syurga! Bermadah tentnag cinta yang belum pasti. Berjanji setia, berbelanja sana sini untuk memikat hati. Apabila sudah disatukan, janji entah ke mane. Tidak bersama-sama mengejar cinta Illahi. Cinta yang biasa kita dengar, mesti meluahkan pada si dia, baru dapat cinta itu. Lagi, cinta mesti keluar bersama-sama, dengan alasan dapat mengenal hati budi masing-masing. Apabila sudah declare bercinta, apa yang milik aku, milik engkau. Itulah cinta yang kita kenal, cinta jahiliah. Apabila ada yang menegur, mula lah kata, mereka itu juga bercinta, mereka itu juga ada perasaan terhadap bukan mahram. Benar! Mereka juga ada perasaan ingin bercinta, tetapi mereka simpan perasaan itu sehingga waktu ijab dan kabul. Mereka hanya meluahkan isi hati cinta kepada Yang Esa. Mereka mencari cinta Illahi sebelum mengejar cinta manusia. Mereka cinta kepada Rasulullah. Kerana, mereka tahu cinta kepada Illahi tidak akan mngecewakan. Kerana Allah pengatur cinta buat mereka. 



Kekadang, kita tidak sedar yang kita sedang diselaputi dengan godaan dunia. Apa yang Allah tak suka, itu yang kita nampak seronok. Apa yang Allah larang, itu yang kita hendak buat. Kadang2 kita lihat orang itu buat maksiat, kita berasa jijik! Tetapi, cuba kita lihat dari sudut dia. Adakah dia melakukan maksiat kerana dia suka? atau kerana Allah belum beri petunjuk kepada dia? atau tiada siapa2 yang pernah menegurnya sebelum ini? Kita bukan siapa2 untuk menghukum. Itu kerja dia dengan Allah. Sebagai saudara sesama Islam, apa salahnya kita berdoa untuk dia. Doa yang baik adalah apabila kita berdoa kebaikan untuk orang lain seperti kita berdoa untuk diri kita sendiri. Macam mana kita nak diri kita baik, beriman, soleh, macam itulah kita sepatutnya kita nak untuk orang lain juga. 



Kita tidak sempurna. Hanya kita sendiri yang tahu siapa diri kita. Orang kata, pemakaian seseorang tidak menentukan iman seseorang. Tetapi mengapa dia boleh berpakaian sedemikian itu persoalannya. Ada juga yang berpakaian elok mengikut syarak tetapi, timbul isu yang tidak enak didengari. 

Kita tanya diri kita. Sekiranya seorang lelaki alim melakukan maksiat, apa yang akan kita kata? 
Sekiranya seseorang yang tidak menjaga auratnya tak pernah langsung di usik, apa yang akan kita kata? 
Kita nak kata, baik aku pakai ikut suka. janji aku tak buat maksiat.
Atau kita nak kata, baik aku pakai ikut syarak dan pelihara diri aku dari maksiat.
Mana lebih baik?
Wallahualam. 


Kita tidak sempurna. Selagi bernyawa, marilah kita sama2 sedar akan hakikat ini. Kita hanya berjalan di bumi Allah. Kita berjalan untuk mencari kebahagiaan akhirat tanpa mengabaikan dunia. Buanglah selaput yang selama ini mengaburi mata kita. Berapa kali sahaja kita sebut nama Allah dalam sehari. Sempurna sudahkah solat kita. Sudahkah kita mencari ilmu untuk akhirat. 



Saya tidak kata saya hebat. Saya sedar hakikat ini dan ingin mengajak sahabat2 bersedia untuk akhirat. Bayangkan jika kita tiada lagi esok, sudah bersediakah kita? Ya Allah. . Ampunkan kami. Kami hanya hambaMu yang menzalimi diri sendiri. Engkaulah Maha Menerima taubat. Janganlah Engkau masukkan kami ke dalam golongan yang rugi. Ameen~



InsyaAllah.

Hidayah Allah adalah pilihan kita.Mahu lihat atau mahu ambil. =)



DONE YOUR READING? WELL, THANK YOU.
There was an error in this gadget