Segala puji bagi Allah tuhan yang Maha Esa dan selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Saturday, 7 September 2013

Si Suami

Assalamualikum!
Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan inayah daripadaNya.
Selawat ke atas baginda Nabi Muhammad S.A.W. 

Syukur ke hadrat Illahi kami suami isteri berada dalam sihat sejahtera. 

Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab. 
Seorang suami yang tidak penah jemu mendengar keluh kesah isterinya.
Seorang suami yang tidak pernah jemu melayan kerenah kebudakan isterinya.
Seorang suami yang menerima keadaan cantik buruk isterinya.
Seorang suami yang sabar dalam menghadapi setiap dugaan yang menimpa.
Seorang suami yang berusaha membantu tika isteri tidak mampu berbuat apa2.

Allahuakbar... Dia seorang suami yang tiada gantinya.
Allahuakbar... Dia seorang suami pilihan dari Dia.
Alhamdulillah.

Ujian yang melanda tidak gentar kami lalui. 
Tidak pula kami mengalah walaupun terpaksa berjujuran air mata, berhabisan wang, berpenat lelah, mengorbankan segalanya yang kami ada.
Kekadang, diri ini tidak lagi sanggup untuk melihat si suami bersusah payah, berkorban, demi isteri yang tercinta.
Tetapi, sebagai seorang suami yang menggalas tanggungjawab yang dipikul kurniaan dari Illahi, dia terus menyangkal kata2 si isteri yang sentiasa berasa bersalah atas apa yang menimpa.

Ya Rahim, Engkaulah pemberi rahmat kepada hambaMu.

Biar terpaksa berkorban wang, pelajaran, masa, nikmat kegembiraan, nikmat keseronokan.
Saya dan suami yakin, ini semua adalah ujian yang berhikmah dari Allah.
Setiap penyakit dan masa sembuhnya adalah di tanganNya.
Selagi Dia mengatakan jadi, maka tetap jadilah ia.
Allah tidak akan menimpakan kesusahan terhadap hambaNya jika tidak mampu ditanganinya.

Buat suamiku yang tercinta, ayuhlah kita sama2 meniti titian yang berduri ini.
Selagi kita berpaut pada taliNya, insyaAllah!! Kita tidak hanyut ditelan arus yang bergelora.
InsyaAllah. ;) <3
Hasbunallah wani'mal wakil.

DONE YOUR READING? WELL, THANK YOU.
There was an error in this gadget