Segala puji bagi Allah tuhan yang Maha Esa dan selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Tuesday, 24 September 2013

Saya Nak Kumpul Duit Dahulu Baru Kahwin.

Assalamualaikum! Saya rajin hendak menulis hari ini. 

Intro**Kadang2 terfikir, umur saya baru 21, tapi sudah jadi isteri. Duduk bersama suami, jauh dari keluarga masing2. Eh, memang kami sedang berkeluarga pon sekarang! Cuma masih berdua la, belum ada rezeki nak ada ahli baru. HeHe.**

Pasangan yang muda dan masih belajar. Golongan seusia seakan-akan teruja dan tertarik sebab ia merupakan status yang jarang2 dijumpai pada zaman ini. Kalau boleh, semua nak title pasangan muda. Tak tahula, semangat bertanggungjawab makin berkobar-kobar agaknya. Iyelah, siapa taknak kahwin awal. Nak dapat jodoh cepat2 supaya ada teman di sisi dalam menempuh kehidupan yang bersimpang siur ini. 

Saya nak kongsi pendapat saya tentang entry kali ini. Hanya pendapat. So, berlapang dadalah yer. *Wink2

Kumpul harta sebelum berkahwin sering saya dengar dalam percakapan sesetengah pihak. Pada pendapat saya, kalau kumpul duit siap2 pon, nanti nak kena belanja jugak. Semua orang sibuk nak kumpul duit untuk majlis perkahwinan, rumah, and kereta. Sesak dada ni fikir takut kalau kahwin awal, tak merasa la nak ada perkahwinan yang grand, rumah sendiri terus, kereta baru. Nauzubillah. Rezeki itu datangnya dari siapa? Allah dah tetapkan rezeki untuk makhluknya. Even kucing homeless pon dapat makan sampai lagi gemuk dan fluffy dari kucing duk rumah tu haa. 

Iye, siapa taknak ada rumah sendiri, kereta sendiri yang baru pulak tu. Nanti dah kahwin, semua dah ada. Setel, tak payah pikir banyak2. Betul tu, untuk keselesaan bersama. Tetapi, alangkah indahnya kalau bersusah-susah dahulu dengan suami/isteri dalam menggapai impian bersama untuk membeli rumah sendiri yang baru dan kereta yang baru. Baru kita rasa, nikmat rumahtangga. Eceh! Suami isteri susah bersama-sama, kerja bersama-sama, sabar bersama-sama dalam perjalanann untuk mengecapi kesenangan bersama. MasyaAllah, dari situ, kita dapat kenal suami atau isteri dengan lebih dekat. Kita boleh lihat, siapa dia semasa susah, siapa dia semasa senang, siapa dia semasa sedih. Apabila kedua-dua sedang menghadapi perkara yang sama, they both will try to comfort each other. MasyaAllah. Beruntungnya suami isteri itu. 

Dalam kehidupan saya bersama suami, bersyukur dengan kehidupan sekarang. Ada tempat berteduh, walaupun rumah sewa. Tapi, ingatlah, masih ada yang bergelandagan di tepi jalan. Syukur. Ada kenderaan walaupun motor. Ingatlah, masih ada yang tiada kenderaan langsung. Syukur. Memang kami pon ada cita2 nak ada rumah sendiri, kereta sendiri. Tapi, kami suami isteri sedar keadaan kami macam mana. Hari2 kami berangan nak tu nak ni. Tapi, perancangan aje la. Untuk anak2 nanti macam mana. Ehem2. HiHi. Juga, kami juga bercita-cita nak sambung belajar dengan lebih tinggi. Jauh mengelamun dan POP! kembali ke realiti. HeHe. Masih meneruskan hidup bersama-sama. Jujur saya nak cakap, susah nak kumpul duit pada waktu sekarang. Tapi, itu bukan masalah bagi kami. Asal ada, kami belanja. Bukan membazir ye, tetapi guna untuk keperluan, bukan kehendak. Ada duit lebih, makan la sedap2 sikit. Stok pon kembali penuh la. Ada masa, tinggal bawang dan beras je. Alhamdulillah, masih ada, boleh buat nasi goreng. Hehe.

Mungkin, bebeze pulak kehidupan bila dah bekerja. Nanti, suami yang bekerja dulu, sebab dia dah nak grad, lagi bape bulan je ni. HeHe. Beban yang terasa sekarang mungkin terkurang sedikit. Dan mungkin boleh buat simpanan untuk beli kereta pula. HiHi. Saya bangga dengan suami, tak malu nak bawak barang shopping penuh2 atas motor kadang2. Sarat! HaHa! Tapi, kami enjoy. Susah sama2. Takpelah tak selesa sikit. Kan setiap kesusahan ada manisnya kemudian? Percaya dengan janji Allah! Itu pon sudah boleh buat kami kembali tersenyum HeHe.

Ada masa, kami juga memerlukan bantuan kewangan dari parent. Tapi, segan jugak nak mintak. Kebiasaannya, parent sendiri tanya kami, ada duit lagi ke nak makan? Kami jawab, ada la untuk makan lagi. *Padahal koreng dah. HeHe. Tiba2, Allah kurniakan rezeki kepada kami melalui orang lain. Alhamdulillah. . . . Di situlah kami belajar erti syukur dan percaya dengan janji Allah. Allah dah sebut kan, janji Allah bagi pasangan yang berkahwin. =)

Kekadang, tak sampai hati nak simpan duit sebab takut kalau2 di akhirat nanti, Allah soal tentang harta. Harta yang kita simpan itu untuk apa. Kekadang, ada duit lebih, belanja suami main bowling ke tengok wayang ke. Suami, kalau ada duit lebih, suka belanja isteri makan kat luar, yang berkolesterol gitu. HaHa! Alhamdulillah. 

Itulah hebatnya kalau si suami dan isteri meletakkan Allah as priority. Tak gusar nak tempuh kesusahan. Allah ada sebagai pembantu terhebat! Belajar erti bersyukur dengan setiap pemberianNya walau hanya sesuap nasi yang perlu dikongsi si isteri dan si suami.

Apabila keduanya, sudah mencapai kesenangan,mungkin tak sampai hati nak sakitkan si isteri dan si suami yang sering bersama tika senang dan susah. Di waktu kesenangan juga, si suami isteri perlu letak Allah di atas. Supaya tidak alpa dengan kesenangan malah bersyukur atas pemberian Illahi. Mungkin boleh bantu orang lain pula. ;)

Bagi saya, kumpul duit sebelum berkahwin tidak salah. Boleh menjamin masa hadapan. Boleh simpan untuk kecemasan. Mungkin sudah ditetapkan duit itu untuk kecemasan. Allah Yang Lebih Mengetahui. Tapi, jaminan itu kita tak pasti kan? Jaminan itu betul2 terjamin ke tidak? Boleh bahagiakah dengan jaminan kita itu? Betul ke simpan duit boleh selamat? Selamat di dunia tapi takut tidak di akhirat.. Allah...  Hm.

Ingat, rezeki itu ketetapan Allah. Kalau Allah nak hilangkan simpanan kita itu dalam sekelip mata, adakah kita ingin merungut? Atau menyesal? Atau merasa rugi?

Panjang lagi kalau nak rungkai isu macam ni, tapi seronok. Saya boleh kait hal2 ini dengan kehidupan Pasangan Muda seperti kami. 
Janji Allah itu pasti kan. Terpulang pada kita untuk yakin atau tidak.
Rezeki itu datang dari Allah S.W.T.

*Moga ada manfaat. Sekian. 







DONE YOUR READING? WELL, THANK YOU.
There was an error in this gadget