Segala puji bagi Allah tuhan yang Maha Esa dan selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Tuesday, 2 December 2014

Masalah Kulit, Bau Badan, Jerawat Badan. . . .

Assalamualaikum w.b.t !!!

This time, saya nak share lagi produk JSD apa yang saya pakai.
Sharing is caring kan. Saya guna, saya rasa kesannya, saya gembira, dan saya kongsi dengan korang!!
Saya tak share la kalau saya tak pakai produk JSD ni.
Sekali dah cuba, terusssss melekat. Rasa nak pakai semuaaaaaa produk JSD. HiHi.

Orait!
Kali ni saya nak cerita pasal Magic Body Slimming Soap(MBSS).
Slimming???? YESSSSS. SLIM/KURUS.
Tapi jangan lah harapakan sabun saje kan nak kurus.
Macam tak logikkkkk aje. JSD pon ada SLIM SET tauuuuuu. Later saya cerita. HEHEHEHE~

Sebenarnya MBSS ini mengandungi banyak kandungan herba yang boleh bertindak sebagai penyingkir toksin dalam badan. Jugaaaaaaa, MBSS ini mampu merawat kulit yang bermasalah sepertiiiii:::::::
~ Menghilangkan selulit dekat perut
~Hilangkan kulit-kulit kaki yang merekah, dan pecah-pecah
~Jerawat pasir di badan juga boleh hilang!
~Boleh feeling2 spa iaitu dijadikan scrub badan tapi tidak melukakan untuk menanggalkan kulit2 mati.
~Menghilangkan bau badan!!
~Kurangkan perut menggeleber
~Mencerahkan kulit2 gelap seperti celah ketiak, celah peha, buku lali dan sebagainyaa.
~Untuk ibu yang baru bersalin, boleh meghilangkan kesan2 merekah pada perut.

Haaaaaaa~~
Banyak kan kelebihan dia, tapi keberkesanannya memang terbukti berdasarkan testimoni yang ada dannnn diri saya sendiri selaku penggunaa! Saya dan suami sebenarnya, eh bukan, saya,suami, dan mama saya. HiHiHi.

Saya mula nak cuba pakai MBSS ini sebab suami saya mengalami masalah gatal2 kulit.
Asal makan la seafood ke, kacang ke, peluh2, mula la gatal2 tempat biasa gatal2 tu.
Kesian pulak tengok duk tergaru-garu, kadang2 luka, kadang berdarah.

So, saya rajin2 la belek2 produk JSD dan saya jumpa MBSS ni!!
Tengok testimoni2 dia memang meyakinkannn!
So, saya cuba lah. Kot la boleh selesai masalah.

Kali pertama pakai, suami kata, "Rasa kulit macam tertanggal". HaHaHa!
Terkejut jugak saya sebab saya tak dan pakai, nak balik asrama. Tinggal je la kat rumah.
Rupanya, boleh rasa kesan buih2 sabun tu meresap ke dalam kulit. Waahhhhh~~
Saya pun excited la dengar, rasa nak balik rumah cepat nak try jugakkk!!

Then, saya sentiasa tanya suami, ok tak pakai sabun tu so far?
Suami kata gatal dah kurang, kulit pon dah makin smoooothh jee.
Alhamdulillahhhh! Bangga jugak rasa dapat happykan suami. KiKiKi.
Anndddd, bila balik rumah weekend tu, saya pon dah nampak banyak perubahan pada masalah suami tu.
Memang makin cantik balik kulit dia, gatal2 pon dah kurang.
Cuma saya kena tanya setiap kali lepas mandi pakai ke tak MBSS, maklumlahhh lelaki. KuiKui.
Anddd saya pulak kalau balik memang excited la nak pakai MBSS!!

Nak jimat, sapu2 dulu sabun tu all over body, basahkan bath sponge tu, gosok2 sabun tu dekat sponge tu untuk keluarkan BUIH MEWAH dia. Then pakai sponge tu sahaja nak sental2 badan. Sebab BUIH DIA MEWAH OOiiii. Memangggggggg bestttt. Saja bagitahu camna nak jimat sabun ini. Weee~

Lepas pakai,kulit jadi shiny, lembuttt, wangiiii, sental2 ketiak boleh putihhh,, HAHA.
Parut2 pon makin pudar. Bau badan pun kurang dik nonnn. Kalah sabun tekan2 tu.
Kekadang tak luak sabun tekan2, macam tak best kalau tinggai MBSS yg ada depan mata. BESTTTT!!!! Tak nyesal beli.

Nak nyahtoksin dalam perut, sapu lelama kat perut. Lepas pada tu, buang air lah jawabnyaaa. HaHa!
Tu experience masa mula2 pakai, ingat salah makan ke apa.
Mama pon pakai, mama pun experience sama. Weeeeeeeeeee~~~ Boleh slim perotttt.

Tapi, kena la pakai SET SLIM JSD kalau nak betul2 slim. HiHi. Lain kali cerita.
Anddddddd sepupu yang duk pakai pun repeat order. Sampai dua sekali tiap kali order sebab takut habis cepat katanya. HakHak!

Nahhhh belanja sikit testimoni untuk tatapan. Ekekeke~






Itulah pengalaman saya boleh cerita pun, pengalaman sendiri. ;)

Kalau berminat nak cuba MBSS, boleh direct pm saya di https://www.facebook.com/ayuniadyahani atau
SMS/WHATSAPP 0134386346.

InshaAllah saya cuba bantu dan kongsi kebaikan JSD dengan anda okay!
JSD manis, mantap dan penuh rahsia. ;)

Monday, 24 November 2014

Jamu Susuk Dara: Kenapa kena pilih?

Assalamualaikum w.b.t!


Lama jugak rase tak menaip neh. Malas pon ada, malas nak type dan berfikir.
Sebenarnya sy tak minat pon blogging tapi minat nak share something. Hm. Camne tu?


Orait! See the topic kan? Tah habes2 pompuan ni nak promote jamu die.
Bukan jamu sy, sy tolong jual je. Haha!
And sy pengguna setia.


Mungkin kekadang post sy kurang menyenangkan, gambar ke, cara penggunaan ke. Tapi, itulah  kebenarannya. Setengah wanita tak tau pun yg miss v dia bermasalah, ingat normal. Tunjuk sikit ayat sentap baru nak sedor. Betol tak?
Kolot je jamu ni gayenye kan? Tapi today sy nak share apa yg sy guna setakat ni.


Produk by Jamu Susuk Dara. Ada susuk ke? Nopeyyyy. Istilah susuk tu untuk "memasukkan sesuatu". Haa gitu la sy paham.


Sy pon dulu jenis tak kisah sgt pasal penjagaan intimate ni, macam tak hamek port pun. Then, sy ada terbaca post by pengedar JSD ni yg cakap pasal keputihan. Keputihan or vaginal discharge. Pas kahwin makin banyak pulakkkkkk, maybe adalah beberapa faktor. Tak normal keputihan tu sebenonye. Pakai pantyliner tu bukan penyelesai masalah pun, mcm tadah tangki yg bocor je. Awat tak baiki tangki tu?


Produk yg digembar gemburkan utk rawat keputihan is Cool Medicated Feminine Wash ni or ringkasnya, FW. 

Dulu sy penah dengo org cakap, miss v wanita ni self cleaning n pas dengo tu sy mmg tak penah pkai la ape2 pencuci intimate. Sebab takut side effect kimia. So, pas baca butir2 fw yg katenye berubat tu, sy tanye la penjualnya. Anddd the way dia treat sy cm pesakit la. Tanya ape masalah, camne keadaan keputihan tu, kering ke basah, ada gatal2 ke tidak, selalu basahhh ke kering miss v tu.


At 1st, tekejut jugak, malu pun ade, tp die kate as procedure, and nak tentukan kesesuaian produk, kena consult dlu. Fyi, produk jamu ni under control. Terlebih dos x elokkk, terkurang dos xde kesan. Cara penggunaan pon spesifik. Haaaa, kalau maen beli je kat kedai jamu yg berlambak lambak jamu tu, camne? Mmg ada tulis cara penggunaan, tapi sesuai ke idok nak guna? Boleh ke campur dgn herbs lain misalnya ada consume vitamin, or maybe tgh consume ubat doktor, pil perancang, slimming product. Tak baguss ok! Kita tak tahu side effect dia.


So, bila dah kena dgn keadaan sy, sy grabbb Fw dahulu. Excited lah nak pakai, siap penjual tu citer kat sy camne nak pakai, bila. Rasa dihargai sgttt. Hiihii. Then2, minggu pertama pakai mcm xde ape2. Minggu kedua makin banyak la pulokkkk. So sy tye penjual tu lg, sbb dia kate kalo ad masalah bitau so sy tanye mmg banyak ke kuar keputihan pas pakai Fw ni? So, dia explain, Fw ada herbs yg boleh menarik kuar keputihan. Walaupun pakai kat luar, tapi sebenarnya meresap! So bila sy pikir balik, mmg herba ni bersifat camtu kan. Macam kita duk tepek putih telo kat muka bg tegang, serupa la keadaannya. *kena ke idok idioms ni. HuaHua lantak!


Then, agak2 dlm beberapa minggu, tak habes lg Fw, keputihan makin lama makin hilangggg. Wowwww. Nikmat giler kot tengok masalah tu dah hilang, duk ngan hubby pun yakin. Tapi, sy ada masalah gatal2 lg. So, sy try plak pakai Masker Vagina or duk panggil mv mv mv tu. . . sbb masa 1st penjual a.k.a farra consult sy, die mmg suggest pkai dengan mv tp sy kate nak cuba fw dulu. So, hamek pulak Mv. Farra consult lg cara pakai and bila, so sy cuba. Mv ni macam bedak, tapi bukn bedak, ala2 serbuk. Boleh skrub kt tempat bermasalah misalnya, tmpt gatal2 cm ruam ke, merah2 tu kan, luke2 yg dah kering, luke penjahit pon bole, skrub ketiak bg putih, heeyyy dah cuba k, huahua! Then bole je di tepek terus tanpa bilas kat tempat gatal tu. So 1st try pakai, skrub and bilas, then lap kering2, tepek kering3 gitu, andddddddd serius tak gatal dahh. Pehhhh. Nikmat lagi. Andddddd lupe, function Mv ni untuk miss v yg sentiasa berair. Pas pakai, siyessss keringgggggg, tak gatallllllll, andddd  malu nak ckp, HAHAHAHA!


Tp Mv tu baru beli sekali bulan April ke May tah, tak habes lg. Paket kecik je pon. Jarang pakai. Dah kering tak gatal tak pakai dah. Haha. Pakai bila dgn suami je. Ekeekeke. Siyess. Dah la murah Mv tu, RM25 je.
Yang bestnyaaaa, suami pujiiiiiiiii. And support suh pakai sokmo. *winkwinkwink!


Andddd lepas tu selongkar lg produk JSD ni, banyak dah sy pakai skrang. Nanti citer lg nanti. Tak sabo! share kat kengkawan, mmg dp feedback baik punyaaaaaaaa.
Andddd sy dah pun jd agen, agen je pun tapi bercita cita nak upgrade lg. inshaAllah!! Support somi, sian die, dah la sy ni kuat habeskan duit die, tapi tak keje. Tak keje lagi maksdunye, 2 tahun lagi kat ipg nuhh. Harhar. So, bole la support sikit. Alhamdulillahhh. Ada jugak beli produk nak pakai duit collection, tak yah kaco somi. Kuikui.


Anddddd betul2 and, sy dah pun ada sikit jela testimoni customer sy n kebanyakann sahabat2 la. Kalau berminat, pm sy kat FB 
https://www.facebook.com/ayuniadyahani or whatsapp, sms @0134386346 okay! Sy cuba bantu andaaaa. Sebab mesti paham da kan kenapa konsep consultation tu?? Hihi. inshaAllah.







Jom sayang dan hargai diri kita, bukan untuk sesiapa, untuk kita jugak.
Kalau ada suami, kita dan suami. HAHAHA! Kbye!
Assalamualaikum!


JSD manis mantap dan penuh rahsia. ^_^

Thursday, 10 October 2013

Saya Tak Pernah Belajar Memasak. Serious.

Saya Tak Pernah Belajar Memasak.

TAPI. . .


Masak memasak dah jadi hobi sekarang.

Kalau nak makan kat luar ade jugak kekadang, tapi kalau dah habis malas teghok la tu. HeHe.

Amazing jugak rasa, sebelum kahwin tak pernah masak ok!
Masak nasi bole le. Yang lain2 tak bape nak rajin dan malas. Ngee.
Papa mama suka masak sama2, so kalau saya nak tolong pon, tolong basuh pinggan. HaHa.
Seriously tak pernah masak. 
Mama Papa pon tak pernah paksa suruh belajar masak. Goyang kaki. 
Borak2 kat dapur tu ada la sambil tengok Papa potong cili. Betol tak Pa Ma?. KiKi. 

Tapi sweet la kan bila Papa Mama masak sama2.
Bila Papa lari je kat Tv ke ape ke, Mama mesti bising2. Tak aci la apelaa.
Dah biasa kan dari mula kahwin.
Sampai laaa sekarang. Ada je celoteh tiap kali masak.
Sebab tu malas nak campur, biarkan mereka bermesra. *Alasan.
HeHe. 

Dulu Mama pernah citer, Mama mula belajar masak masa lepas kahwin.
Eh? Macam anak dia ni la. 
HaHa.
Papa pulak masa belum kahwin rajin ke dapur, sebab ramai kakak2 dan suka masak sama2.
So, papa berkecimpung jugak masak2 ni. Yang Papa pro, Asam Pedas Johor!! Perghhh.
Kalau Papa masak, bau belacan satu rumah.
Tips nak tahu sedap ke tak, mesti kena sampai terbesin masa menumis, kompem sedap! Heee.

Mama bukanlah tak tahu masak langsung masa mula2 kahwin, tolong2 jugak lah Tok.
Mama ada banyakkk buku resepi. First try pon sodappp kottt.
And, Mama masak je la apa2 pon, kompemmm hirup. *Yang berkuah la.
Hehe.
Mama kalau masak, mesti nak kemas je.
Bahan asing kemas2, cara potong mesti cantik, pisau dispesifikkan, pinggan mangkuk dll.
Mama terpengaruh dengan AFC. Bukan tengok Chef masak, tengok dapur, barang2 masak, kabinet. HAHA. SERIOUSLYYY.

Dannnnnnnnn, sekarang giliran saya.
Yang mengikut jejak langkah tapak kaki Papa Mama. HeHe.
Kekadang, mintak resepi kat Mama. Mesej ke call ke.
Yela, balik Pahang bukan rajin nak tengok Mama Papa masak, gi main kucing. Hehe.
Kalau asam pedas, Papa la! Hehe.
Nak try masak asam pedas je mesti kena mesej Papa semula mintak resepi.
Tapi, tak pernah jadi cam Papa nyerrr. Pastu Papa kata," Tu la, Papa masak tak nak tengok. " 
KuiKuiKui.

Saya nak ikut cara Papa Mama jugak, masak sama2 gitu. Ececeh. 
Sunnah Nabi Muhammad S.A.W kan?
Tolong isteri memasak. Buat kerja rumah. *Kadang suami masak sorang. Ngeee~
Tak salah nak ikut, memang indah sangat. . . Wuuu~

Kami belajar masak kat internet je pon. Google2 resepi. Banyak resepi la.
Ada bahan, jalan la. Sedap2 tak sedap pon, suami kata sedap. Ehem! Hee.
Lama2, tengok resepi, alaaa, kacang je. HaHa. *Astaghfirullah. . riak. 
Tapi serious, kita niat nak bagi suami makan. Nak tambat hati suami.
So, tak salah berusaha lebih sikit. Biar la baju bau bawang ke belacan ke. 
Tangan kuning main kunyit ke. Itu semua ada ganjaran dari Illahi kan.
Yang penting, ikhlasssssss.
Sape taknak suami buncit, tanda bahagia orang tu kata. HeHe.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Rabb.

Almaklumla, sejak menjak duk rumah tak tahu buat apa, try2 la masak.
Paling kembang bila orang kata sedap!
Syukur, Alhamdulillah. HeHe.
Dah setahun lebih kahwin, tipula kalau tak tahu masak kan.
Best rupanya masak ni. *Baru nak up.

Motifnya nak cakap, tak semestinya nak kena pro masak dulu baru boleh kahwin.
Kikiki. Belajar masak2 ngan suami lagi syiookk. Kalau masin, dua2 telan la. Haha.

And, lain family maybe lain cara kan.
So, saya ni memang the apperantice Papa Mama la. Herher.
Bagi yang da terer tu tahniah.
Saya salute orang memang dah tahu masak.
Tak la macam saya, baru terhegeh-hegeh nak belajo. Ngee.
Pernah suatu hari, ada masak memasak bersama rakan2, saya macam blur tak tahu buat apa. HaHa. Takpe, tu dulu. =P

So, resah gelisah lagi? Takut? Worry suami kurus?
InshaAllah anda boleh! Wah gitu.
Dah jadi isteri nanti, naturally anda akan berubah. Yang tak pernah ke dapur, makin ngam dengan dapur.
HeHe. Sebab semangat. . untuk encik suami! Hee~

Saja nak share sebab nak tenangkan hati Bakal-bakal. Ehem~
Semoga berbahagia okay!
Allah sebaik-baik Penolong. =)

Tuesday, 8 October 2013

Awak Dah Kahwin, So. . . Bye.

Alhamdulillah, masih bernyawa dan masih berpeluang hidup di dunia yang fana untuk mencari redhaNya.

Kita belajar erti kehidupan hari-hari.
Hari2 kita akan berharap, hari ini akan jadi lebih baik dari semalam.
Dan begitu juga untuk hari2 yang seterusnya. Tak bosan ke mengharap benda yang sama?
Tidak, sebab tiada hari yang sama. Kan? Ke sama? HeHe.

Hidup penuh dengan kejutan. Mungkin semalam dia kawan baik kita, mungkin esok tidak.
Mungkin semalam dia bersama kita, mungkin esok tidak.

Kenyataan hidup yang kita kena alami. 
Macam saya, dulu bujang, kini sudah berkahwin. HeHe. 
Siapa sangka, umur 20 tahun sudah berkahwin.
Allah sebaik-baik Perancang.

Apa yang kita ada sekarang, mungkin tiada pada mereka.
Mereka mungkin lebih itu dari kita, kita mungkin lebih ini dari mereka.
Ujian yang Allah kurnia buat kita berbeza-beza.
 Sebab itu kita saling melengkapi. 
Melengkapi kelemahan masing2.
 Cantik tak perancangan Illahi? MasyaAllah.

Apa yang terlintas di benak fikiran saya, kini saya sudah bersuami.
Dulu saya membujang, bersama dengan rakan2. Segalanya ditempuhi bersama rakan2.
Mencari pengalaman hidup bersama rakan2.
Tidak kurang juga bersama Papa, Mama, Along, Angah, Amar dan Aifa. Keluarga tersayang.
Setelah berkahwin, mungkin jarak saya dengan mereka sedikit jauh sebab saya ada suami.

Sehari-harian setelah setahun dan beberapa bulan, saya bersama suami.
Dalam mencari redhaNya, saya mesti taat pada suami.

Rakan yang saya rapat dahulu, mungkin sudah sedikit jauh. 
Pada saya, mungkin mereka dikurniakan pula rakan yang lebih baik.
Rakan yang lebih membimbing.

Di suatu ketika, saya berfikir, berapa ramai je orang yang pernah bersama saya boleh terima keadaan saya sekarang.
Mungkin dulu sayalah orang yang paling rapat, tempat berkongsi cerita.
Akibat tidak mahu mengganggu saya dan suami, mereka menjauhkan diri.
Saya juga terkilan, sepatutnya, orang yang pernah rapat, yang menganggap saya adalah kawan baiknya, tidak bersikap open dalam menerima siapa saya.
Tetapi, saya fikir semula, mungkin makan masa. 

Kita tak mampu nak gembirakan hati semua orang kan. Kekadang, diri kita sendiri pon kita tak tahu macam mana nak tolong.
Ada seorang doktor pernah berkata kepada saya, " Awak sudah berkahwin, awak mungkin sudah jauh dari kawan2 awak. Kawan2 awak pon mungkin tidak lagi serapat seperti dulu. Kalau mereka nak kembali kepada awak semula, mungkin makan masa pula. "

Apabila saya fikir balik, betul apa kata doktor itu.
Ya, saya berkahwin pada usia dimana kita semua ingin mencari kehidupan sebenar.
Mencabar diri untuk lebih berani dengan cabaran. 
Kita sudah berani nak menjelajah dunia.
Mencari kawan baru.
Mencuba sesuatu yang baru.
Zaman muda-mudi kan.

Apabila berkahwin pada usia begini, mungkin sedikit terhad untuk saya menjadi seperti mereka.
Tetapi, saya teramat bersyukur kepada Illahi atas perancanganNya.
Allah meletakkan saya di sini kerana Dia tahu ini yang terbaik.
Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Point saya sebenarnya ialah, saya mengharapkan sikap keterbukaan dari sesetengah dari kita.
Berfikiran konservatif membuatkan kita tersekat.
Mengganggu jiwa dan emosi kita.

Pada saya, ini mungkin salah satu ujian berkahwin muda.
Tak mengapalah, ujian yang kecil sahaja.
Saya masih bersyukur kerana masih ada yang sudi bersama saya.
Tidak jemu mengambil tahu tentang diri saya walaupun sudah jadi isteri orang.
Kadang2, mereka lebih banyak ilmunya tentang rumahtangga. HeHe.
Cuma belum masa untuk berkahwin.

Apa yang saya coretkan ini bukan luahan semata-mata.
Saya ada tempat yang lebih baik untuk meluahkan perasaan.
Allah Maha Mendengar kan?
Cuma sedikit input kot buat yang berhasrat nak kahwin muda.
Mungkin ini juga yang terpaksa anda tempuhi.

Suami VS Sahabat. NgehNgeh~

Wallhua'alam.

Monday, 30 September 2013

Siapa Kita?

Hidayah dari Allah kekadang datang tidak diduga.
Kekadang kita tak sedar pon sebenarnya Allah sudah pon kurniakan kita dengan hidayahNya.
Tapi, sebagai manusia, yang sentiasa diselubungi nafsu mnyebabkan terlihatnya hidayah itu sebagai 'iklan' semata-mata. Hanya dipandang,  dibaca, tetapi tidak diambil pon. 
Ya Allah ampunkan kami..


Jika dahulu, kita tidak pernah gagal dengan fesyen terkini. Sering terikut dengan gaya fesyen yang langsung tidak memenuhi kehendak syarak. Tidak kisah aurat, asalkan bergaya. Kita takut dipandang hina orang jika tidak berfesyen. Kita malu nak berpakaian yang longgar dan besar, takut dipandang gemuk, tidak cantik, tidak bergaya. Mana ada baju yang loose dan mampu menutup keseluruhan aurat dalam butik2 yang terkenal itu. Nak berfesyen dan bergaya tidak salah, tetapi tutuplah aurat. Sepertimana yang disuruh Allah. Kalau dah bertudung, pakailah betul2 mengikut syarak. Tutuplah perhiasan kita dengan baik. Nanti, hilang special perhiasan kita untuk si suami. Kesian suami. Kita tak tahu bila ajal kita sampai, takut nanti, kita pergi dengan pakaian yang tidak seperti seorang Islam yang sebenar. Itu pakaian terakhir  kita. Tidak sempat beralasan dengan Allah nanti. Nauzubillah, mintak jauh Ya Allah. . .



Takut dijeling orang pakai pakaian yang itdak berjenama. Malu nak pakai handbeg yang tiada dalam catalog buku. Ya, tak salah nak pakai barang berjenama, tapi di situ sudah berlaku pembaziran. Mungkin ada sedikit perasaan bangga dengan barangan yang terpampang besar jenamanya. Betul, barangan berjenama memang berkualiti. Kalau barang itu kita beli kerana kualitinya, tak mengapalah. Takut ada niat yang lain. Allah Maha Mengetahui. Segalanya dalam pengetahuanNya.



Allah...., Kita berada di dunia yang sementaraaa, mengejar redha Allah, mencari jalan yang benar, macam mana kita dengan mudahnya terperangkap dengan godaan dunia? Nauzubillah..



JIka dahulu, kita anggap diri kita friendly, sebab mahukan ramai kawan. Friendly sampai lupa batasan berkawan. Tidak mahu di cop sombong, berkawan dengan semua orang, makan semeja, berlaga siku. Naik kereta bersama, bukan muhrim. Bila ada yang menegur, seolah-olah mereka telah mengganggu privasi hidup kita. Sedangkan, mereka sedang takut dilaknat Allah kerana tidak mengelak perbuatan mungkar. Tak salah untuk berkawan, tapi islam sudah menetapkan adab2 bergaul. Hal ini bagi mengelak fitnah dan mengelak perbuatan mungkar. MasyaAllah, hebat sungguh hasutan syaitan, godaan dunia yang menampakkan sesuatu kebaikan itu hina, jijik! Sampai hari ini, masih ada lagi antara kita yang membenci para ulama' dengan mengatakan mereka taksub dengan agama. Walhal, mereka sedang takut, menggigil, pucat lesu kerana takut dengan balasan Allah S.W.T. Hari pembalasan itu benar! Neraka itu benar! Astaghfirullahalazim.. . . . Ampunkan kami Ya Allah. . .



Sahabat yang baik adalah sahabat yang mampu mendekatkan diri kita dengan Allah. Apabila berkata, tidak melukakan. Mengajak untuk pergi ke tempat2 ilmu. Menegur kita jika membuat kesilapan, terlalai, terleka. MasyaAllah. . Sahabat kurniaan Allah.



Jika dahulu, kita senang2 memilih cinta, kononnya cinta itu datang dan pergi. Jika ini bukan cinta sejati, buang yang itu, carik cinta yang baru. Cinta hendak sampai ke Syurga! Bermadah tentnag cinta yang belum pasti. Berjanji setia, berbelanja sana sini untuk memikat hati. Apabila sudah disatukan, janji entah ke mane. Tidak bersama-sama mengejar cinta Illahi. Cinta yang biasa kita dengar, mesti meluahkan pada si dia, baru dapat cinta itu. Lagi, cinta mesti keluar bersama-sama, dengan alasan dapat mengenal hati budi masing-masing. Apabila sudah declare bercinta, apa yang milik aku, milik engkau. Itulah cinta yang kita kenal, cinta jahiliah. Apabila ada yang menegur, mula lah kata, mereka itu juga bercinta, mereka itu juga ada perasaan terhadap bukan mahram. Benar! Mereka juga ada perasaan ingin bercinta, tetapi mereka simpan perasaan itu sehingga waktu ijab dan kabul. Mereka hanya meluahkan isi hati cinta kepada Yang Esa. Mereka mencari cinta Illahi sebelum mengejar cinta manusia. Mereka cinta kepada Rasulullah. Kerana, mereka tahu cinta kepada Illahi tidak akan mngecewakan. Kerana Allah pengatur cinta buat mereka. 



Kekadang, kita tidak sedar yang kita sedang diselaputi dengan godaan dunia. Apa yang Allah tak suka, itu yang kita nampak seronok. Apa yang Allah larang, itu yang kita hendak buat. Kadang2 kita lihat orang itu buat maksiat, kita berasa jijik! Tetapi, cuba kita lihat dari sudut dia. Adakah dia melakukan maksiat kerana dia suka? atau kerana Allah belum beri petunjuk kepada dia? atau tiada siapa2 yang pernah menegurnya sebelum ini? Kita bukan siapa2 untuk menghukum. Itu kerja dia dengan Allah. Sebagai saudara sesama Islam, apa salahnya kita berdoa untuk dia. Doa yang baik adalah apabila kita berdoa kebaikan untuk orang lain seperti kita berdoa untuk diri kita sendiri. Macam mana kita nak diri kita baik, beriman, soleh, macam itulah kita sepatutnya kita nak untuk orang lain juga. 



Kita tidak sempurna. Hanya kita sendiri yang tahu siapa diri kita. Orang kata, pemakaian seseorang tidak menentukan iman seseorang. Tetapi mengapa dia boleh berpakaian sedemikian itu persoalannya. Ada juga yang berpakaian elok mengikut syarak tetapi, timbul isu yang tidak enak didengari. 

Kita tanya diri kita. Sekiranya seorang lelaki alim melakukan maksiat, apa yang akan kita kata? 
Sekiranya seseorang yang tidak menjaga auratnya tak pernah langsung di usik, apa yang akan kita kata? 
Kita nak kata, baik aku pakai ikut suka. janji aku tak buat maksiat.
Atau kita nak kata, baik aku pakai ikut syarak dan pelihara diri aku dari maksiat.
Mana lebih baik?
Wallahualam. 


Kita tidak sempurna. Selagi bernyawa, marilah kita sama2 sedar akan hakikat ini. Kita hanya berjalan di bumi Allah. Kita berjalan untuk mencari kebahagiaan akhirat tanpa mengabaikan dunia. Buanglah selaput yang selama ini mengaburi mata kita. Berapa kali sahaja kita sebut nama Allah dalam sehari. Sempurna sudahkah solat kita. Sudahkah kita mencari ilmu untuk akhirat. 



Saya tidak kata saya hebat. Saya sedar hakikat ini dan ingin mengajak sahabat2 bersedia untuk akhirat. Bayangkan jika kita tiada lagi esok, sudah bersediakah kita? Ya Allah. . Ampunkan kami. Kami hanya hambaMu yang menzalimi diri sendiri. Engkaulah Maha Menerima taubat. Janganlah Engkau masukkan kami ke dalam golongan yang rugi. Ameen~



InsyaAllah.

Hidayah Allah adalah pilihan kita.Mahu lihat atau mahu ambil. =)



Tuesday, 24 September 2013

Saya Nak Kumpul Duit Dahulu Baru Kahwin.

Assalamualaikum! Saya rajin hendak menulis hari ini. 

Intro**Kadang2 terfikir, umur saya baru 21, tapi sudah jadi isteri. Duduk bersama suami, jauh dari keluarga masing2. Eh, memang kami sedang berkeluarga pon sekarang! Cuma masih berdua la, belum ada rezeki nak ada ahli baru. HeHe.**

Pasangan yang muda dan masih belajar. Golongan seusia seakan-akan teruja dan tertarik sebab ia merupakan status yang jarang2 dijumpai pada zaman ini. Kalau boleh, semua nak title pasangan muda. Tak tahula, semangat bertanggungjawab makin berkobar-kobar agaknya. Iyelah, siapa taknak kahwin awal. Nak dapat jodoh cepat2 supaya ada teman di sisi dalam menempuh kehidupan yang bersimpang siur ini. 

Saya nak kongsi pendapat saya tentang entry kali ini. Hanya pendapat. So, berlapang dadalah yer. *Wink2

Kumpul harta sebelum berkahwin sering saya dengar dalam percakapan sesetengah pihak. Pada pendapat saya, kalau kumpul duit siap2 pon, nanti nak kena belanja jugak. Semua orang sibuk nak kumpul duit untuk majlis perkahwinan, rumah, and kereta. Sesak dada ni fikir takut kalau kahwin awal, tak merasa la nak ada perkahwinan yang grand, rumah sendiri terus, kereta baru. Nauzubillah. Rezeki itu datangnya dari siapa? Allah dah tetapkan rezeki untuk makhluknya. Even kucing homeless pon dapat makan sampai lagi gemuk dan fluffy dari kucing duk rumah tu haa. 

Iye, siapa taknak ada rumah sendiri, kereta sendiri yang baru pulak tu. Nanti dah kahwin, semua dah ada. Setel, tak payah pikir banyak2. Betul tu, untuk keselesaan bersama. Tetapi, alangkah indahnya kalau bersusah-susah dahulu dengan suami/isteri dalam menggapai impian bersama untuk membeli rumah sendiri yang baru dan kereta yang baru. Baru kita rasa, nikmat rumahtangga. Eceh! Suami isteri susah bersama-sama, kerja bersama-sama, sabar bersama-sama dalam perjalanann untuk mengecapi kesenangan bersama. MasyaAllah, dari situ, kita dapat kenal suami atau isteri dengan lebih dekat. Kita boleh lihat, siapa dia semasa susah, siapa dia semasa senang, siapa dia semasa sedih. Apabila kedua-dua sedang menghadapi perkara yang sama, they both will try to comfort each other. MasyaAllah. Beruntungnya suami isteri itu. 

Dalam kehidupan saya bersama suami, bersyukur dengan kehidupan sekarang. Ada tempat berteduh, walaupun rumah sewa. Tapi, ingatlah, masih ada yang bergelandagan di tepi jalan. Syukur. Ada kenderaan walaupun motor. Ingatlah, masih ada yang tiada kenderaan langsung. Syukur. Memang kami pon ada cita2 nak ada rumah sendiri, kereta sendiri. Tapi, kami suami isteri sedar keadaan kami macam mana. Hari2 kami berangan nak tu nak ni. Tapi, perancangan aje la. Untuk anak2 nanti macam mana. Ehem2. HiHi. Juga, kami juga bercita-cita nak sambung belajar dengan lebih tinggi. Jauh mengelamun dan POP! kembali ke realiti. HeHe. Masih meneruskan hidup bersama-sama. Jujur saya nak cakap, susah nak kumpul duit pada waktu sekarang. Tapi, itu bukan masalah bagi kami. Asal ada, kami belanja. Bukan membazir ye, tetapi guna untuk keperluan, bukan kehendak. Ada duit lebih, makan la sedap2 sikit. Stok pon kembali penuh la. Ada masa, tinggal bawang dan beras je. Alhamdulillah, masih ada, boleh buat nasi goreng. Hehe.

Mungkin, bebeze pulak kehidupan bila dah bekerja. Nanti, suami yang bekerja dulu, sebab dia dah nak grad, lagi bape bulan je ni. HeHe. Beban yang terasa sekarang mungkin terkurang sedikit. Dan mungkin boleh buat simpanan untuk beli kereta pula. HiHi. Saya bangga dengan suami, tak malu nak bawak barang shopping penuh2 atas motor kadang2. Sarat! HaHa! Tapi, kami enjoy. Susah sama2. Takpelah tak selesa sikit. Kan setiap kesusahan ada manisnya kemudian? Percaya dengan janji Allah! Itu pon sudah boleh buat kami kembali tersenyum HeHe.

Ada masa, kami juga memerlukan bantuan kewangan dari parent. Tapi, segan jugak nak mintak. Kebiasaannya, parent sendiri tanya kami, ada duit lagi ke nak makan? Kami jawab, ada la untuk makan lagi. *Padahal koreng dah. HeHe. Tiba2, Allah kurniakan rezeki kepada kami melalui orang lain. Alhamdulillah. . . . Di situlah kami belajar erti syukur dan percaya dengan janji Allah. Allah dah sebut kan, janji Allah bagi pasangan yang berkahwin. =)

Kekadang, tak sampai hati nak simpan duit sebab takut kalau2 di akhirat nanti, Allah soal tentang harta. Harta yang kita simpan itu untuk apa. Kekadang, ada duit lebih, belanja suami main bowling ke tengok wayang ke. Suami, kalau ada duit lebih, suka belanja isteri makan kat luar, yang berkolesterol gitu. HaHa! Alhamdulillah. 

Itulah hebatnya kalau si suami dan isteri meletakkan Allah as priority. Tak gusar nak tempuh kesusahan. Allah ada sebagai pembantu terhebat! Belajar erti bersyukur dengan setiap pemberianNya walau hanya sesuap nasi yang perlu dikongsi si isteri dan si suami.

Apabila keduanya, sudah mencapai kesenangan,mungkin tak sampai hati nak sakitkan si isteri dan si suami yang sering bersama tika senang dan susah. Di waktu kesenangan juga, si suami isteri perlu letak Allah di atas. Supaya tidak alpa dengan kesenangan malah bersyukur atas pemberian Illahi. Mungkin boleh bantu orang lain pula. ;)

Bagi saya, kumpul duit sebelum berkahwin tidak salah. Boleh menjamin masa hadapan. Boleh simpan untuk kecemasan. Mungkin sudah ditetapkan duit itu untuk kecemasan. Allah Yang Lebih Mengetahui. Tapi, jaminan itu kita tak pasti kan? Jaminan itu betul2 terjamin ke tidak? Boleh bahagiakah dengan jaminan kita itu? Betul ke simpan duit boleh selamat? Selamat di dunia tapi takut tidak di akhirat.. Allah...  Hm.

Ingat, rezeki itu ketetapan Allah. Kalau Allah nak hilangkan simpanan kita itu dalam sekelip mata, adakah kita ingin merungut? Atau menyesal? Atau merasa rugi?

Panjang lagi kalau nak rungkai isu macam ni, tapi seronok. Saya boleh kait hal2 ini dengan kehidupan Pasangan Muda seperti kami. 
Janji Allah itu pasti kan. Terpulang pada kita untuk yakin atau tidak.
Rezeki itu datang dari Allah S.W.T.

*Moga ada manfaat. Sekian. 







Saturday, 7 September 2013

Si Suami

Assalamualikum!
Semoga kalian sentiasa dalam rahmat dan inayah daripadaNya.
Selawat ke atas baginda Nabi Muhammad S.A.W. 

Syukur ke hadrat Illahi kami suami isteri berada dalam sihat sejahtera. 

Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab. 
Seorang suami yang tidak penah jemu mendengar keluh kesah isterinya.
Seorang suami yang tidak pernah jemu melayan kerenah kebudakan isterinya.
Seorang suami yang menerima keadaan cantik buruk isterinya.
Seorang suami yang sabar dalam menghadapi setiap dugaan yang menimpa.
Seorang suami yang berusaha membantu tika isteri tidak mampu berbuat apa2.

Allahuakbar... Dia seorang suami yang tiada gantinya.
Allahuakbar... Dia seorang suami pilihan dari Dia.
Alhamdulillah.

Ujian yang melanda tidak gentar kami lalui. 
Tidak pula kami mengalah walaupun terpaksa berjujuran air mata, berhabisan wang, berpenat lelah, mengorbankan segalanya yang kami ada.
Kekadang, diri ini tidak lagi sanggup untuk melihat si suami bersusah payah, berkorban, demi isteri yang tercinta.
Tetapi, sebagai seorang suami yang menggalas tanggungjawab yang dipikul kurniaan dari Illahi, dia terus menyangkal kata2 si isteri yang sentiasa berasa bersalah atas apa yang menimpa.

Ya Rahim, Engkaulah pemberi rahmat kepada hambaMu.

Biar terpaksa berkorban wang, pelajaran, masa, nikmat kegembiraan, nikmat keseronokan.
Saya dan suami yakin, ini semua adalah ujian yang berhikmah dari Allah.
Setiap penyakit dan masa sembuhnya adalah di tanganNya.
Selagi Dia mengatakan jadi, maka tetap jadilah ia.
Allah tidak akan menimpakan kesusahan terhadap hambaNya jika tidak mampu ditanganinya.

Buat suamiku yang tercinta, ayuhlah kita sama2 meniti titian yang berduri ini.
Selagi kita berpaut pada taliNya, insyaAllah!! Kita tidak hanyut ditelan arus yang bergelora.
InsyaAllah. ;) <3
Hasbunallah wani'mal wakil.

DONE YOUR READING? WELL, THANK YOU.
There was an error in this gadget